
AKPK
Apakah AKPK?Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit ditubuhkan oleh Bank Negara Malaysia (BNM) pada April 2006 (sebagai anak syarikat milik penuh).
Objektif AKPK adalah untuk membantu individu mengawal keadaan kewangan mereka dan mendidik mereka mengenai penggunaan kredit yang bijak.
Fokus AKPK
Pendidikan KewanganKaunseling KewanganProgram Pengurusan Hutang
Apakah Program Pengurusan Hutang AKPK (DMP)?
Program Pengurusan Hutang membantu individu untuk mendapatkan semula kawalan kewangan. Ini dilakukan dengan bekerjasama dengan kaunselor AKPK untuk membangunkan pelan pembayaran balik setiap individu dengan perundingan dengan institusi kewangan atau bank mereka. Pada zaman sekarng akses mudah ke pinjaman, kad kredit, dan rancangan pembelian secara ansuran membuat kita mudah untuk jatuh ke dalam masalah hutang! Bagaimanakah Program Pengurusan Hutang AKPK berfungsi?
Kelebihan Program Pengurusan Hutang
Caj kadar faedah yang lebih rendah adalah tetap 8% (berbanding dengan kadar yang tinggi yang dikenakan ke atas kad kredit peribadi / kredit / tidak bercagar).Hanya satu hutang sahaja dan bukannya pelbagai hutang dengan tempoh bayaran dan bayaran yang berbeza.Tiada bayaran yang dikenakan untuk perkhidmatan AKPK.Penyusunan aliran tunai.Terma pembayaran yang munasabah...