Personal loan Bank Rakyat merupakan produk Bank Rakyat – sebuah koperasi Islam yang ditubuhkan di Malaysia pada 28 September 1954. Ini adalah hasil penggabungan 11 buah bank kesatuan. Walau bagaimanapun, ia hanya menjadi patuh Syariah dengan hanya beberapa cawangan pada tahun 1993, sebelum menjadi bank koperasi Islam pada tahun 2003. Perubahan itu membolehkan bank mencatatkan keuntungan yang menggalakkan dari tahun ke tahun.

Produk dan kemudahannya termasuk perbankan konsumer, pembiayaan komersil, simpanan, dan pelaburan, serta produk perancangan kewangan. Ini membenarkan bank untuk memenuhi permintaan pengguna moden. Mereka juga telah menerima pelbagai pengiktirafan sebagai pemain industri dan sebagai organisasi koperasi yang cemerlang di peringkat antarabangsa dan di Malaysia.

Di antara banyak-banyak pemberi pinjaman peribadi di luar sana, personal loan Bank Rakyat mempunyai ciri-ciri yang menjadikannya pilihan yang lebih menarik untuk keperluan kewangan anda. Sebagai contoh, personal loan Bank Rakyat tidak memerlukan sebarang cagaran atau penjamin apabila memohon.

Bank Rakyat menawarkan produk kewangan kepada pengguna, seperti pinjaman peribadi dengan kadar yang kompetitif. Berikut adalah beberapa ciri-ciri personal loan Bank Rakyat:

  1. Kadar faedah yang kompetitif
  2. Tiada cagaran atau penjamin diperlukan
  3. Syarat umur minimum yang rendah
  4. Yuran bayaran lewat yang rendah
  5. Caj duti setem yang rendah
  6. Yuran Wakalah rendah

Personal loan Bank Rakyat menggunakan sama ada kadar faedah yang tetap (flat interest rate) atau kadar faedah terapung (variable interest rate).

Kadar faedah yang tetap adalah di mana faedah tetap digunakan pada pembayaran balik pinjaman sehingga tempoh pinjaman berakhir. Kadar faedah yang rata adalah baik kerana ia memberi jumlah pembayaran yang jelas secara konsisten, menjadikannya lebih mudah untuk merancang kewangan, tetapi biasanya lebih tinggi daripada kadar faedah terapung.

Kadar faedah terapung (atau kadar faedah berubah), sebaliknya, tidak seperti kadar tetap di mana kadar faedah boleh berubah dari semasa ke semasa. Kadar faedah terapung biasanya lebih rendah daripada yang tetap, namun terdapat risiko kadar yang lebih tinggi daripada yang ditetapkan.

Apabila memohon pinjaman peribadi, adalah penting untuk menyediakan beberapa dokumen pengenalan dan pengesahan peribadi, serta menyediakan dokumen yang menunjukkan status dan keupayaan kewangan anda. Dokumen-dokumen ini penting bagi bank untuk menilai tahap risiko dan keupyaaan kewangan anda.

Dokumen yang diperlukan ialah:

Salinan Kad Pengenalan MyKad anda
1. Slip gaji 3 bulan terkini
2. Penyata bank 3 bulan terakhir akaun penggajian gaji
3. Penyata KWSP
4. Sekurang-kurangnya SATU daripada yang berikut:
– Surat pengesahan daripada majikan
– Borang EA
– Slip e-B dari LHDN

Jika anda berminat untuk memohon, sila isi borang pra-pemeriksaan kami. Klik disini!

atau

Sila Like Facebook page kami!

3 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *