Produk ini menawarkan kemudahan tunai bagi membantu anda dalam menangani keperluan kewangan.

Kemudahan pembiayaan adalah di bawah prinsip syariah Murabahah (dengan menerima pakai amalan Tawarruq) di mana berdasarkan Wa’d daripada pihak pelanggan, Bank akan membeli komoditi daripada pihak pembekal komoditi dan seterusnya menjual komoditi kepada pelanggan berlandaskan kontrak Murabahah pada harga jualan (kos komoditi beserta keuntungan) secara tangguh dan kemudian, sebagai ejen (Wakalah) pelanggan, Bank menjualkannya kepada pembeli pihak ketiga dengan cara tunai. Kutipan tunai daripada pembeli pihak ketiga ini akan dimasukkan ke dalam akaun pelanggan.

Buat masa ini jenis komoditi yang digunapakai adalah Crude Palm Oil (CPO), Plastic Resin (PE) atau Telco Airtime.