Sebelum mendaftar sebagai affiliate, sila baca dan fahamkan Terma & Syarat ini. Ia penting bagi melindungi hak anda dan juga demi menjaga nama baik LoanBankRakyat.com.

1. Perjanjian Affiliate

Dengan mendaftar sebagai affiliate, anda bersetuju bahawa anda telah membaca dan memahami terma dan syarat perjanjian ini. Anda juga bersetuju bahawa anda bertanggungjawab untuk mematuhi setiap terma dan syarat dalam perjanjian ini.

2. Tanggungjawab Affiliate

Bagi memulakan proses pendaftaran, anda boleh memohon secara online melalui borang pendaftaran affiliate https://loanbankrakyat.com/affiliate-area/. Keputusan bergantung kepada Admin untuk meluluskan atau menolak permohonan tersebut.

Sebagai affiliate, anda bertanggungjawab untuk:

  1. Membuat promosi secara berhemah dah tidak menyalahi undang-undang (tidak spam)
  2. Tidak melakukan penipuan bagi mendapatkan prospek.
  3. Tidak mempromosikan aktiviti-aktiviti yang menyalahi undang-undang
  4. Tidak memutarbelitkan sebarang informasi dari LoanBankRakyat.com
  5. Tidak melanggar hakcipta, cap dagangan, dan harta intelek individu atau organisasi lain

Sebagai affiliate LoanBankRakyat.com, anda akan mendapat akses ke laman Affiliate Area dan boleh mendapatkan bahan-bahan promosi dalam bentuk kod HTML, capaian teks, dan sebarang affiliate link bagi membantu anda membuat promosi.

LoanBankRakyat.com berhak mengubah sebarang kreatif, sekiranya perlu, tanpa memaklumkan lebih awal kepada affiliate.

Affiliate bertanggungjawab sepenuhnya untuk mematuhi semua terma dan syarat harta intelek dan undang-undang lain yang berkaitan dengan laman web sendiri.

Kami tidak akan bertanggungjawab jika anda menggunakan bahan hakcipta orang lain atau harta intelek lain yang melanggar undang-undang atau mana-mana hak pihak ketiga.

3. Hak dan Tanggungjawab LoanBankRakyat.com.com

LoanBankRakyat.com.com berhak untuk menamatkan keahlian dan penyertaan affiliate dalam Program Affiliate LoanBankRakyat.com serta-merta dan tanpa notis sekiranya anda didapati melakukan penipuan dalam penggunaan Program Affiliate LoanBankRakyat.com, atau jika anda menyalahgunakan program untuk apa juga tujuan.

Jika penipuan dikesan, kami tidak bertanggungjawab ke atas pembatalan bayaran sebarang komisen yang dikumpul daripada penipuan tersebut.

Terma dan syarat ini bermula apabila kami menerima permohonan Affiliate anda, dan akan terus digunakan melainkan jika keahlian anda ditamatkan.

4. Penamatan

Penamatan boleh dilakukan sama ada dari pihak kami atau pihak anda pada BILA-BILA MASA, dengan memberikan notis bertulis. Notis bertulis boleh diberi dalam bentuk emel. Di samping itu, keahlian boleh ditamatkan dengan serta merta jika affiliate melanggar terma dan syarat program ini.

5. Pengubahsuaian

Kami berhak mengubah mana-mana terma dan syarat ini pada bila-bila masa mengikut budi bicara. Dalam keadaan sedemikian, anda akan dimaklumkan melalui emel. Pengubahsuaian mungkin termasuk perubahan dalam prosedur pembayaran dan peraturan Program Affiliate LoanBankRakyat.com

Penyertaan anda selepas pemakluman notis perubahan terma dan syarat atau perjanjian baru dalam Program Affiliate LoanBankRakyat.com menandakan persetujuan anda kepada perubahan tersebut.

6. Pembayaran Komisyen

Komsiyen yang dipersetujui dengan pihak LoanBankRakyat.com untuk setiap referral akan dibayar selepas permohonan pinjaman referral tersebut telah diluluskan dan dilunaskan (loan disbursed).

7. Akses Kepada Affiliate Area

Anda akan mencipta kata laluan supaya dapat mengakses Affiliate Area anda. Anda boleh mendapatkan laporan serta pengiraan komisyen yang akan dibayar kepada anda.